BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 26, 2008

Ketika Cinta Bertasbih

selepas munculnya filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta yang menggegar lanskap seni wayang di negara kita, kini bakal muncul karya kedua Habiburrahman el-Shirazy bertajuk Ketika Cinta Bertasbih. Harapan saya hanya satu, biarlah syiar Islam yang ditonjolkan bersih dari bibit-bibit liberalisme dan anasir lain yang tidak berlandas pada Islam.

Kader Dakwah yang semakin tenat...


Malam kelmarin saya menerima panggilan daripada seorang pemimpim tertinggi sebuah NGO Islam. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Kak Lat mempelawa saya untuk dilantik sebagai AJK di NGO tersebut pada pemilihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya menolak secara hemah dengan menyatakan bahawa bebanan kerja lapangan di luar (out station) yang tidak tentu hala dijadikan alasan kukuh.

Menoleh ke belakang, komitmen saya bersama mereka, dan juga kehadiran saya bersama mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan juga tidaklah sekerap mana. Namun kerana itulah cabaran yang harus ditempuh oleh mana-mana jamaah atau pergerakan Islam hari ini. Jika kita lihat kebanyakkan seseorang yang berada di satu-satu jamaah itu pasti mempunyai tidak kurang 2-3 jawatan yang lain dalam jamaah tersebut. Fenomena ini bukan satu yang asing dan pelik. Semasa di kampus juga dahulu, taklifan kerja yang bertindih ini sudah menjadi satu kebiasaan. Dalam mana-mana perjumpaan atau meeting yang dihadiri, hampir kelihatan muka-muka atau figure yang sama sahaja.

Situasi ini bukanlah suatu yang baik untuk jamaah Islam lebih-lebih lagi dengan situasi umat Islam yang huru-hara di negara ini. Masalah sosial yang tak pernah surut, Institusi Fatwa negara yang goyah, ulama dianggap bagaikan sahabat sendiri~sesuka hati untuk bertepuk tampar, mufti yang lantang disuruh berundur, dan pelbagai lagi musibah yang melanda umat Islam hari ini.

Sekiranya USM di ambil kira sebagai penanda arasnya, kebanyakan jamaah-jamaah Islam disitu mengalami kemerosotan dari segi bilangan ahlinya tahun demi tahun. Tidak kiralah jamaah mana sekalipun. Pelbagai solusi telah dicari, perjalanan usrah dipertingkat, sistem tarbiyyah diperkasakan namun masalah ini masih menghantui mereka. Itu belum disukat keahlian muslimin yang tidak pernah lebih ramai dari muslimat seperti dahulu, walhal tenaga muslimin-lah yang paling penting terutamanya untuk menggerakkan program dan sebagainya.

Antara cadangan yang terlintas di fikiran saya kini ialah untuk di peringkat kampus malah di kalangan masyarakat luar sekalipun, setiap penggerak dakwah ini perlu kreatif dan berfikiran jauh untuk menarik lebih ramai lagi mad'u-mad'u yang masih meraba-raba mencari kanta Islam yang sebenarnya. Ketepikan seketika ta'adud jamaah, dan apa jua masalah antara kita sesama jamaah demi Islam. Hentikan dari mengkritik sesama pemimpin dan selesaikanlah secara muafakat. Kita semua berada dalam gerabak dakwah yang sama, masih lagi melalui proses untuk menjadi matang. Semoga daulah Islam terus ditegakkan.

Sunday, November 16, 2008

Semalam...

Ahad : 16 Nov 2008

10.28am
mula bertolak ke Sg Petani dari USM (CG)
11.45am
tiba di Tol Sg Dua baru perasan tertinggal CD minus one di bilik Pa'an, lalu berpatah balik ke USM
12.15pm
tiba ke rumah pengantin (dr Ali; pensyarah PPIP)
12.30pm
mula persembahan (1. jalinan 2.Demi cinta suci 3. kalimah cinta), tiba-tiba mikrofon Pa'an tidak berfungsi, mikrofon saya pula slow. Dengan sedikit gementar, kami berhenti seketika untuk membaiki keadaan.
1.11pm
kami sambung semula persembahan dengan lagu seterusnya (4. kasihmu amanahku 5.Setanggi Syurga 6.Sentuhanmu), alhamdulillah kali ni mikrofon kami benar-benar mantop
1.15pm
mula mengisi makanan ke dalam perut. tapi xboleh makan banyak-banyak sebab petang ni nak singgah Radix FC.
1.30pm
mula beransur pulang-ucap terima kasih kepada pengantin-melayani 'peminat' untuk tawaran show akan datang.pelik.ramai yang puji walhal pada pendengaran kami tidaklah sebaik mana- perlantikan terus Ustazah Nawal sebagai pengurus kumpulan Rifqi.
2.30pm
berhenti berehat di rumah Ustazah Nawal-solat-melelapkan mata
3.19pm
saat yang ditunggu-tunggu, ke RFC. dari luar nampak best, alhamdulillah kat dalam pun best juga.ayam( rasanya boleh tahan,rasa enak yang tersendiri), coselaw(alamak, kurengla..sayur tak segar), kentang putar(ada rasa cengkih, cengkudu..organik la katakan)
4.00pm
mula beransur pulang ke USM-sesat sebentar(ada la dalam 15 minit)
7.00pm
tiba di rumah. Tiba-tiba "Farid, male ni jange lupo deh,pukul 8.nati bawok raket, ana nak gi sg nibong metta". Che Lie bersuara memperingatkan. Ya, baru teringat malam ini depa main badminton. aduh, letih banget ni.
8.00pm
dalam keadaan lemah longlai, paksa juga badan untuk bermain. Tak sangka, menang mudah. 15-0, 15-1, 15-2, 15-6, 15-13.last game kalah juga.9-15
10.00pm
singgah sebentar ke Gelugor-pekena Sirap Bandung
10.30pm
sampai di luar pintu,try buka pintu tiba-tiba tak boleh buka.setelah hampir 1 jam mencuba, termasuk cubaan untuk memasuki rumah dari tingkap yang berketinggian kira-kira 30 meter, akhirnya terpaksa menelefon bomba. Bomba pun tergelak besar. Macamana boleh jadi macam ni
12.29am
dengan 2 kali tendangan oleh bro bomba itu, akhirnya pintu berjaya dipecahkan. kami pun masuk ke rumah dengan badan yang cukup letih dan penat. Usai mandi dan solat Isya', saya pun melelapkan mata.

Sekian, pengalaman yang sedikit unik. ada suka, duka, sedih, marah, dan geram. Diadunkan dalam ramuan kehidupan ini sebagai didikan (tarbiyyah) untuk menghasilkan ramuan kehidupan yang cukup indah.

Thursday, November 13, 2008

DUNIA yang semakin mengasak


Alhamdulillah, di petang jumaat yang agak dingin ini masih sempat diberi keizinan untuk mencoretkan sesuatu. Mahu lari sebentar dari memikirkan soal kerja. ya, kerja. Kerja yang selama ini telah mula mengisi masa senangku atas nama ingin mencari wang, dan juga konon-kononnya ingin mendapatkan ilmu dalam garak kerja dalam NGO. Apapun retoriknya, sedikit sebanyak telah mengikis sedikit ketenangan. Duduk di masjid tengah hari tadi terasa begitu indah, biarpun khatib warga emas itu hanya membaca khutbah. bukannya memberi khutbah. Kadangkala teringat tika saat indah di bulan ramadhan, aku cukup hampir denganNya. Setidak-tidaknya aku merasa cukup bahagia dan indah biarpun sejauh mana pun aku dan Dia. Hanya Allah yang tahu. Aku masih ingat ketika berada dalam kumpulan usrah Akhi Azhar (Hizbur-Tahrir), sekiranya beliau (naqib) menyemak mutarabi amal kami disaat ini pastu aku yang paling korup. Banyak 'waktu2 dating' aku dirampas oleh dunia tanpa ku sedari. Ya Allah, aku pasti detik ini pasti berakhir. Kembalilah mendampingi daku, kerna aku hanyalah seorang hamba.

Firman Allah dalam kitab suci-Nya Yang Maha Agung; maksudnya:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.(Q.s. Ali Imran: 185).

Sunday, November 2, 2008

Kehebatan Anak Muda


Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.

Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyahut cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama,

"Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.
Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,
"Apa? Kau mahu aku turun?"
"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".

Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua.

Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"
Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun
berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!!" Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga,

" Ke arah mana Allah menghadap? "

Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata,

"Apa yang kau ingin buktikan?"
Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempatpun Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir, ""Allah-hu-akbar! !!" Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu.

Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Rezeki..

Salam
Mungkin sudah namanya rezeki, kumpulan nasyid kami (Rifqi) semalam berjaya menggenggam gelaran Juara untuk Pertandingan Nasyid Sempena Majlis Kesenian Islam anjuran Kemas Peringkat Pulau Pinang. Kumpulan kami yang mewakili daerah Barat Daya membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan dan juga sijil. Tiada siapa yang menjangkakan kumpulan kami yang akan menang. Undian giliran pertama persembahan sudah cukup membuatkan kami berasa berdebar2, kerana masing2 pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini. Saya sendiri walaupun sudah cukup 'berpengalaman' turut terasa getarannya kerana sudah lama meninggalkan 'karieir' bernasyid seperti ini. InsyaAllah kumpulan Rifqi, kumpulan yang menggabungkan pelajar dari KITAB, dan USM akan mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan pada Mac 2008.

Perkara yang ingin saya bincangkan disini ialah berkenaan NASYID. Semua antara kita sudah sedia maklum berkenaan nasyid, dakwah dan hiburan. Ketiga-tiga komponen ini merupakan intipati kepada wadah hiburan Islam yang lurus mengikut syariat. Nasyid dan dakwah juga merupakan 2 komponen yang harus seiring bergerak. Ulama kontemporari masa kini, Dr Yusof Al Qardawi pernah berkata hiburan itu sebenarnya berada di tengah-tengah, antara hak dan yang batil. Sekiranya tersilap langkah ianya mampu membawa kepada kesesatan dan kejahilan. nasyid? apakah ianya termasuk dalam hiburan Islam?

rata-rata peserta yang menyertai pertandingan semalam terdiri dari anak-anak muda luar bandar. Berdasarkan penampilan dan tingkah laku, jika dilihat oleh 'orang agama' akan mempersoalkan.."nasyid apa ni?hisap rokok...pakai selekeh...". Walaupun mereka ini saya kira masih belum 'layak' untuk bergelar 'penasyid', namun saya kira sekurang2nya aktiviti semalam berjaya kelompok remaja ini untuk bersama-sama berada di satu majlis yang cukup baik. setidak2nya hari ini mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, membuang masa, melepak dan sebagainya. Dengan penglibatan mereka dalam pertandingan ini mendidik mereka untuk berdisiplin, meningkatkan keyakinan diri..ya, bukan senang untuk mendisiplin diri datang membuat latihan, menarikan gaya ketika persembahan dengan penuh disiplin persembahan dan menyanyi di hadapan kira-kira 1000 hadirin yang datang.

Apapun tahniah kepada KEMAS yang menganjurkan pertandingan kali ini. Perasmi majlis semalam sepatutnya disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato' Seri Tan Sri Mohammad, namun diwakilkan oleh penasihat beliau, Dato Zainal Abidin Osman. Tergelak kami yang kebetulan se'fikrah' mendengar ucapan beliau yang mengaitkan parti 'biru muda', 'hijau tua' sebagai tali barut bangsa Melayu, menyebabkan bangsa melayu kini mundur, hilang ketuanan melayunya dan gagal mencapai 30% ekuiti DEB yang menjadi isu hangat kini. melayu oh melayu, mujurlah aku ni 'mix'..urm