BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 30, 2009

Gambar YAHUDI di 'sebuah Bukit'



photo courtesy from DSI yahoogroups.com

Friday, March 27, 2009

Perokok, Lembu dan Ukhuwwah

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

Isu rokok dikalangan para ustaz bukanlah suatu isu yang baru di kalangan masyarakat kita. Namun kebanyakan mereka ada juga yang bijak untuk menyorok daripada dilihat oleh individu tertentu, misalnya anak-anak murid dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa rokok mengandungi banyak keburukan daripada kebaikan.

Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, mengatakan bahawa sebenarnya nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan lebih berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan rangsangannya ke atas sistem saraf otak sangat cepat.

Nikotin yang dihisap melalui asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga 10 saat. Kesan rangsangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok.

Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.

Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian, yang mana tanpanya dianggap tidak sempurna, katanya.

Selain nikotin, asap daripada sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutama kanser paru-paru.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2010 dan empat juta nyawa menjelang 2025.

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Tiba-tiba saya teringatkan dialog antara saya dan juga rakan sebilik sewaktu disekolah menengah. Golongan pelajar yang merokok di sekolah dahulu lebih dikenali sebagai SMOKERS di sekolah saya dahulu. Mungkin istilah ini sudah biasa kita dengar, namun gelaran ini agak meluat sekiranya didengari oleh golongan pengawas sekolah. Bersembang dengan sahabat saya ketika itu, beliau mengatakan bahawa memandangkan SMOKERS di sekolah merupakan kelompok minoriti maka "ukhwah' di kalangan mereka dikatakan begitu rapat. Mana taknya, bila ke tandas pasti akan bertemu dengan 'kelompok' ini. Dari segi perhubungan untuk mendapatkan bekal, fly untuk mencari rokok, mencari port untuk merokok, dan bantuan teknikal sekiranya salah seorang dari mereka ditangkap warden, pasti akan ada sahaja yang datang membantu dikalangan mereka ini. Selain itu, kelompok ini juga mampu untuk menjadi karib dalam waktu yang singkat, kerana mereka menpunyai 'minat' yang sama. Walaupun baru seminit dua perkenalan, namun rokok menjadi batu loncatan kepada mereka untuk menjadi lebih akrab dan karib, lantas mampu untuk membentuk suatu hubungan ukhwah fillah yang begitu mantap. Mereka mempunyai visi daan misi yang sama, sanggup mengenepikan latar belakang keluarga dan apa jua perbezaan yang menghalang mereka untuk mencapai misi dan visi mereka, iaitu ROKOK. Kalaulah aspek-aspek ini mampu diterjemah dalam mana-mana organisasi, sama ada politik, badan NGO, dsb maka pasti sukses menjadi milik mutlak mereka dengan izinNya.

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelajakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

Thursday, March 19, 2009

Mesti Beli

Album kompilasi UNIC bertajuk "Langkah Tercipta" memuatkan 18 buah lagu, termasuk 4 lagu baru ciptaan bro Munif, Isman, Bazli dan juga Fitri. Turut menampilkan sdr Fakhrul sebagai ahli baru. tp gambar dia ada d cover belakang..

Album Inteam ReUnited ini dikhabarkan mendapat sambutan yang sangat menakjubkan. Album sold out ketika dibawa ke konsert inteam dan juga mana-mana acara yang lain. Apalagi, jom pi cari 2 album ini. Klu area pulau ini..cari kat kedai muzik Tesco Jelutong..InsyaAllah jumpa. adios

Wednesday, March 11, 2009

Demi Matahari - SNADA

video

Tuesday, March 10, 2009

Pengalaman di ESQ TRaining


Alhamdulillah, apa yang dialami kira-kira 2-3 hari yang lepas sudah cukup untuk menceritakan siapa diri saya yang sebenar. Bermula hari Jumaat sehingga ahad, saya berkesempatan menghadiri kursus yang diberi nama ESQ Training Leaderhip. Saya sama sekali tidak pernah menyangka dapat menghadiri kursus sebegini hebat, memandangkan diketahui kos yurannya yang agak mahal; kira-kira RM 900 selain peluang untuk mendapatkannya agak terhad kerana waktu yang terhad. Seperti sudah diatur Tuhan, saya menerima panggilan dari SU DPPN untuk menghadiri kursus ini secara percuma. Tiada apa yang mampu dilafazkan melainkan ucapan Alhamdulillah. Sedikit terkejut dan terperanjat bagaimana namaku boleh sampai kepada mereka.

bercerita tentang ESQ Training ini, banyak menyedarkan diri kita berkenaan apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW kira-kira 1400 tahun yang lalu. bagaimana Rasulullah pernah membangunkan umat jahiliyyah dengan membetulkan akidah mereka, maka waktu itu umat ISlam terus membangun menjadi umat yang terbilang, lantas berjaya membina beberapa buah tamadun dan peradaban manusia yang hebat. Antara kelainan training ini mereka menggunakan sistem audio yang cukup hebat; persis berada di konsert, teknologi multimedia juga cukup mengkagumkan. wajarlah ianya mengenakan kos yang agak mahal.

Kesimpulan saya berkenaan kursus ini; kursus ESQ menekankan penghayatan terhadap rukun Islam yang 5, rukun iman 6 dan juga sifat Ihsan. Setiap satunya dihurai dengan baik dan mereka berjaya membawa kepada suatu bentuk penghayatan terhadap 1, 6, dan 5 komponen ini. Mungkin persoalan yang timbul sejauh mana ianya mampu bertahan dalam diri saya. 1 minggu atau sebulan? selepas itu apakah saya akan kembali seperti sebelum ke kursus ini. ya, untuk belajar memang mudah, tapi untuk beramal?

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sungguh besar murka Allah kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” Ash-Shaff, ayat (2-3)

ALLAH MAHA BESAR

Sunday, March 1, 2009

Persis Kedamaian

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menjamah Char Kuew Teow, diizinkan sekali lagi untuk merasainya apabila kembali bertandang ke Kulim. Aku masih lagi diberi kepercayaan untuk melatih adik-adik Kolej Mara Kulim (KMK) sebagai membuat persiapan untuk menghadapi Nadwah Islam Kolej2 Mara, yang tidak silapnya berlangsung di Seremban. kali ini mereka menggalas satu cabaran yang besar, yakni mengekalkan gelaran Johan yang telah 'abang2' mereka sebelum ini rangkul di pertandingan yang sama. Huh, Cikgu Azimah meletakkan harapan yang besar, maka tanggungjawab yang harus dipikul juga besar. tahun lepas aku hanya menjadi pembantu kepada Cikgu Rosman, kali ini aku keseorangan sambil ditemani Rad, itupun sekali-sekala. Rad merupakan bekas pelajar KMK yang telah bersama2 dengan rakannya merangkul gelaran ini tahun lepas.

Apa pun aku hanya berusaha untuk berkongsi seupaya mampu. Pengalaman aku tidaklah sedalam mana. namun antara faktor yang menguatkan daya untuk menerima tawaran ini ialah betapa indah dan pesonanya berada di Kulim. Terasa bagaikan berada di kampung halaman. sesekali teringat tika di zaman anak-anak. Kerana suasana kampungku kini tidaklah seperti dulu. Jika dulu aku tidak lekang di rumah, tidak kira waktu pasti akan bersama-sama dengan kawan-kawan. berbasikal kesana kemari. bermain bola, badminton, selipar jepun, tiang galah, konda-kondi, memancing dan segala macam aktiviti ketika itu. hubungan dengan rakan jiran juga begitu rapat sekali bagaikan sebuah keluarga. kadangkala sanggup bermalam, dan makan bersama-sama tanpa rasa malu, begitu tinggi rasa ukhwah yang terbina tika itu.

Jika aku tidak mampu untuk menceritakan segalanya, namun begitulah yang mampu digambarkan kira-kira 10-13 tahun yang lalu. waktu itu mungkin aku tidak pernah terfikir apakah semuanya ini akan hilang. Akhirnya setelah berusia hampir 23, aku memahami bahawa setiap yang indah itu tidak senantiasa kekal. Segalanya pasti akan berubah yang berputar. SYUKUR menjadi jawapan skrip pendek ini.

Dan (ingatlah) tatkala Rabb-mu berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan (tetapi) jika kamu mengingkarinya, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. 14: 7)