BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2009

Breathing Technique


salam sejahtera. Kali ini ingin saya kongsikan sedikit perkara berkenaan teknik pemanas suara yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan kumpulan nasyid. Selain itu ramai juga artis dari golongan penyanyi yang menjadikan teknik ini sebagai warm-up sebelum memulakan persembahan mereka. Teknik ini telah saya kutip dari beberapa laman web seperti inteam.com dan juga bahan dalam bentuk pdf yang dimuat turun, tidak pasti pula dari mana sumbernya.

1. Mula mula letakkan tangan di perut dan lagi satu dekat dada

2. Ambil nafas dengan hidung sambil tekan sikit dekat perut.

3. Rasakan perut kita ke dalam sambil diafragm kita menolak ke atas.

4. Jangan simpan nafas di dada. pastikan semua nafas yang kita ambil itu ke perut.

5. Pastikan perut yang mengembang bukan di paru-paru.

6. Lepaskan sikit-sikit sambil menyebut perkataan "tssssss"

Teknik ini akan menguatkan perut sebagai latihan bagi menguatkan sokongan udara. Apabila menyanyi, nyanyian kita kenalah disokong dengan kandungan udara yang secukupnya. perut kena bekerja bagi menyimpan udara. sebagai seorang vokalis, perkara yang paling penting sebelum memulakan nyanyian ialah "ketengangan" (calmness). seseorang pasti tak dapat menyanyi dengan baik jika dalam keadaan tercungap-cungap, darah gemuruh dan sebagainya. ini kerana sokongan udara tidak dapat diagihkan dengan sempurna dari abdomen ke peti suara.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 24, 2009

Adik-adik SM Teluk Air Tawar

cenderahati kepada adik-adik2. Bookmark berisi kata nasihat, tidal dilupa emel disertakan agar perhubungan diteruskan walaupun ke mana pun kita pergi

kelihatan mereka sedang melakukan warm-up exercise. Apa yang disebut sebagai 'breathing technique'.


dua solo utama dihadapan; Sakinah (kiri) dan Shima (kanan)
Sakinah antara pelajar senior di situ, dan mendakwa sudah 5 kali tukar sekolah sepanjang 5 tahun

Ummi (percussionist); baru semalam dia pandang wajah saya, sebelum ni bercakap pun xmau pandang. pasai apa ya. suh menyanyi sorg2 ketaq. tapi sembang ngan saya rancak..urm


bergambar kenangan sebelum pulang. Akhirnya saya menyedari saya rupanya sukar untuk menerima perpisahan. Rasa sebak selepas tinggalkan depa..huhu

Walaupun kehadiran saya di sekolah itu bertujuannya untuk membantu mereka dalam latihan nasyid, namun apa yang terfikir di kotak akal saya ialah peluang saya untuk meningkatkan lagi kemahiran saya untuk menghandle 'budak2'. Bukanlah untuk mengajar tetapi lebih untuk belajar. Saya pun bukan mempunyai latar belakang yang hebat sangat dalam seni suara. Itu juga yang saya sebut kepada ustazah sekolah itu dan adik-adik. Nasyid pun nasyid juga, yang penting pelajaran. Itu yang menjamin anda.hurm. Tiba-tiba ada rasa macam nak apply KPLI tahun depan. Tahun ni da tak sempat~erk

Wednesday, April 22, 2009

Terbaik dari Telefon Bimbitku




Suasana ketika berlangsungnya kempen Selamatkan Ulu Muda yang diadakan Taman Belia, behadapan dengan Wisma Darul Aman, Kedah
di Kuliah Tafsir Dr Danial Zainal Abidin; Kompleks Belia Batu Uban, Penang

pemandangan di kawasan nelayan, Kerpan



suasana latihan nasyid adik-adik Kolej Mara Kulim (KMK); yang akhirnya menjadi Johan untuk kali ke-2.Tahniah adik2

tempat ini dikatakan akan menjadi tempat aku mencari rezeki selepas ini; Plaza Usahawan

akhirnya sempat juga untuk bergambar dengan bro Fauzi; senior PMI dari Johor yang paling mantop, grad jua akhirnya kau bro..hehe

Thursday, April 16, 2009

Zaman Itu


Suasana redup dan hingar bingar di waktu petang benar-benar menggamit perasaan. Kali ini bukan di Kulim, tetapi di Teluk Air Tawar; suatu tempat yang tidak pernah aku jejaki. Kecuali hari ini kerana aku sekali lagi dijemput untuk memberi bantuan kepada adik SMK TAT untuk pertandingan nasyid. Bersandar di Masjid Daerah Seberang Prai Utara, memerhatikan gelagat pakcik-pakcik yang sedang rancak bersembang. Kelihatan juga anak-anak berbasikal sambil membonceng, barangkali adiknya sendiri. Wajahnya hampir serupa, sambil membawa 2 botol air masak dengan kedua-duanya digendong kiri dan kanan. Oh ya, malam ini malam jumaat. barangkali ada bacaan yassin diadakan di masjid ini, seperti kebiasaan di tempat lain juga. Melihat telatah dua beradik itu, mengingatkan ketika aku di zaman kanak-kanak, yakni sebelum ke sekolah asrama. Lakonannya hampir serupa, cuma waktu itu lebih ramai, dalam 5 ke 6 orang dan kesemuanya terdiri dari jiran-jiran 'seperjuangan'. Kemana saja 'program' pasti bersama-sama. Aku masih ingat nama mereka, Caca, Gendut, Pie, Jaid dan Ijon. Kami memancing bersama, main bola takraw, badminton, pondok-pondok, ber'poya-poya' di bandar, malah kami juga ke masjid waktu itu bersama-sama, sambil membawa 'bekal'. kadangkala gendut akan bawa keropok bersama untuk dimakan selepas selesai solat maghrib di masjid, memandangkan neneknya merupakan seorang peniaga runcit. Caca kini sedang menuntut di UIA, Pie di Uitm Shah Alam, manakala gendut dan jaid hentah ke mana. Barangkali sudah bekerja dimana-mana. jarang sekali melihat kelibat mereka di kampung ketika aku pulang ke rumah. Huh, terasa mahu kembali semula ke zaman itu.

10 tanda lelaki sedia untuk komitmen


Artikel ini dipetik dari surat khabar Utusan Malaysia dalam sisipan Mega hari Rabu 7 Jan. Soalnya, adakah kita sudah bersedia untuk memberikan komitmen? Selamat membaca.

MEMASUKI tahun baru mungkin ada yang sudah berazam untuk menamatkan hubungan dengan teman lelaki atau wanita melalui ikatan pernikahan.

Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.

Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.

Beberapa Panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin
Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.

Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda
Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu
Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit
Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda
Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.

Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'
Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.

Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi
Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.

Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih
Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang
Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

11. Dia suka tulis mengenai perkahwinan dalam blog
Mungkin kalau dia selalu membicarakan soal perkahwinan dalam perbualan anda mahupun di dalam blog peribadinya, dia sudah bersedia untuk memberi komitmen berumah tangga. Sebenarnya isi yang kesebelas ini saja aku tambah. Dalam akhbar tu cuma ada sepuluh saja.

Renungkanlah sejenak akan masa depan perhubungan kalian ya. Sampai bila nak melakukan dosa kan?

Tuesday, April 14, 2009

Simpanan di 'Hari Tua'

"Kenapa tidak cari kerja di sektor kerajaan atau badan berkanun, setidak-tidaknya ada kerja tetap menjamin masa depan..ada wang pencen..sara hidup " ujar seorang ustaz yang sangat ku kenali.

"cari kerja kerajaan lah, ada pencen" beritahu bonda kepadaku.

"boleh survive ke kerja di private company, ekonomi sekarang pun tak tentu hala" dan ini pula saranan dari seorang kakak.

Ungkapan-ungkapan seperti ini mengingatkan saya kepada perbualan saya dengan bro Shamsul ketika dalam perjalanan ke Grik sewaktu menjalankan kerja lapangan. Beliau juga ketika itu turut diasak dengan pertanyaan-pertanyaan seperti ini, yang sama sekali cukup tidak menyenangkannya.

Bagi 'golongan evergreen', ungkapan seperti ini cukup popular dikalangan mereka kerana mereka meyakini bahawa wang pencen itulah yang akan menjaga mereka di hari tua. Selain itu, kudrat mereka juga akan terbatas untuk melakukan lain-lain perkerjaan untuk menampung pendapatan dan sara hidup. Sebaliknya sekiranyan ada wang pencen, pasti hidup mereka lebih mudah dan senang lenang, tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari wang.

Menyedari bahawa soal 'Hari Tua' itu tidaklah yang kami rungsingkan, melainkan hanyalah "hari tua' dimana sewaktu itu kita sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Waktu itu menangis air mata darah sekalipun, tiada gunanya. Itulah hari akhirat. Pernahkah kita memikirkan dan berasa risau tentang bekalan yang telah kita siapkan untuk hari akhirat. Adakah kita mampu ditabalkan sebagai sebahagian daripada golongan yang menerima amalan dari tangan kanan?

Maksud ayat Quran: "Dan sesungguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al An`am: 32)

Sedangkan hari Tua kita masih belum pasti, munkin tidak sempat. namun Hari akhirat itu sudah tentu pasti akan tiba.

Allah swt berfirman: Katakanlah; Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS Al Jumuati [62]:8).

Kembali kepada persoalan wang pencen, sebagai seorang muslim kita seharusnya punyai rasa sangka yang baik kepada Allah. Sifat asma Allah seperti yang kita ucapkan berulang kali setiap hari, Ar Rahman..Tuhan Yang Maha Pemurah dan Ar Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)..di saluran inilah kita menyakini bahawa sama sekali tidak akan ber'dengki' atau 'kedekut' kepada golongan yang tidak menerima pencen. Itu belum dikira golongan yang menerima pencen setiap bulan namun masih lagi 'tidak mencukupi'..sekian

Wednesday, April 8, 2009

Bila Manusia BerTUHANkan Bola Sepak


Perkembangan sukan mutakhir menyaksikan beberapa acara sukan popular kini sedang rancak berlangsung. Antara yang menjadi tumpuan ialah perlumbaan F1, Kejohanan Badminton ABC Asia dan sebagai peminat bola sepak Inggeris, pastinya saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menjadi fokus utama. Perlawanan tumpuan seperti Liverpool vs Chelsea, Barcelona vs Bayern Munich pasti akan membuatkan peminat bola sepak tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya. Perlawanan yang berlangsung di'sepertiga malam' itu walau bagaimanapun tidak menjadi halangan untuk bangkit dari keseronokan tidur semata-mata mahu menyaksikan perlawanan ini.

Bagaimana seorang manusia itu boleh bangun di tengah malam semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak yang langsung tidak memberi 'apa-apa faedah' kepadanya tetapi merasa malas untuk bangun mengisi waktu malam dengan solat tahajjud?Rasa begitu teruja sekali pabila ada sahaja games yang menarik, sehinggakan sanggup menyediakan bekalan seperti makanan semata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak yang dianggap cukup istimewa. Padahal bukankah mereka tidak mengetahui begitu banyak hadith Saw yang menyebut berkenaan betapa besarnya nilai tahajjud di waktu malam. Beberapa fadhilat Qiamullail berdasarkan firman Allah SWT dan daripada hadith Rasulullah SAW

Firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakan ‘solat tahajjud’ sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhan membangkitkan dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”- (surah al-Isra’:79)

Dan firman-Nya yang lain berbunyi:

“Dan dengan keadaan apa jua pun, maka pada sebahagian pada waktu malam, sujudlah kepada tuhan dengan mendirikan solat dan seboleh-bolehnya bertasbihlah memuji Allah dengan mendirikan solat tahajjud, pada sebahagian yang panjang daripada waktu malam.” - (surah al-Insan:26)

Marilah kita kembali muhasabah diri kita. Dimanakah keutamaan yang kita letakkan?

Monday, April 6, 2009

Saat Untuk Berhijrah: MELAKA here we come!


Setelah hampir 4 tahun bermuqim di Pulau Pinang, mungkin sudah sampai masanya untuk kembali semula ke tanah kelahiran. Semuanya tidak pernah aku atur, melainkan hanya menuruti segala percaturan yang semestinya dari Tuhan Pencipta Manusia. Aku tidak pernah terpikir untuk ke sini kira-kira 4 tahun lalu, dan kira-kira sebulan dua yang lepas juga aku tidak menjangkakan bahawa aku akan kembali..keluar dari sebuah pulau yang aku kira banyak meninggalkan cerita-cerita drama kehidupan, boleh jadi lebih hebat dari drama Samarinda atau Keliwon di telivisyen kita. Tatkala aku meninggalkan jambatan Pulau Pinang. jiwaku dapat merasakan bahawa aku akan 'meninggalkan beban' di sini, yang pasti memberikan kelegaan yang teramat sangat. namun bukanlah satu kegembiraan apabila 'beban yang lain' sudah tersedia ke tempat yang bakal duduki nanti, Melaka. Walaupun jarak bandar Melaka dengan kampung halaman hanyalah mengambil masa kira-kira sejam lebih, lebih kurang jarak Penang ke Kulim, namun Melaka agak asing bagiku. Permulaan cerita nanti pasti serupa, aku perlu mencari teman baru. yang mungkin tidak sama dengan teman di RC sekarang.mencari keselesaan baru, pasti tidak sama dengan keselesaan di RC dan Century Park mahupun Desasiswa Tekun..opss..pasti lebih baik dari Bilik Bilal..:-0..

Ntah apa-apa ntah..mungkin apa yang aku ingin sebutkan disini ialah sebenarnya aku sedih untuk tinggalkan sahabt2sahabt RC. Tak mungkin untuk dikurnia sahabat seperti mereka selepas ini.