BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 26, 2009

Biarkan mereka memanggilku 'USTAZ'


Memulakan suasana di tempat kerja baru bukanlah suatu perkara yang mudah. Terpaksa beradaptasi dengan pelbagai persekitaran yg 'baru-baru', bos baru, kawan-kawan staf baru, skop kerja, keadaan sekeliling, dan lain-lain. Jika dibandingkan dahulu ketika di Sahabat Alam Malaysia, pasti sangat jauh perbezaannya. Namun satu perkara yang cukup-cukup 'berbeza' ialah berkenaan kawan-kawan kita. Baru kusedari selama ini aku 'dilindungi' oleh sahabat-sahabat yang cukup baik pekertinya, menjaga pergaulan, dan cukup berbudi akhlaknya. Berada di ASF Publication (bukan nama sebenar) cukup menguji kekentalan benteng 'keimanan' yang hanya senipis bawang ini. Bayangkan hanya aku seorang staff lelaki daripada 5 orang, dengan kesemuanya agak 'belum sempurna' dengan jenama Islam yang 'dipakai'. Bergurau senda sehingga bersentuhan antara kulit itu dianggap 'biasa' bagi mereka, bersembang 'yang bukan-bukan' seperti menjadi makanan ringan yang sentiasa disuap ke dalam mulut. Apa kan daya, diriku hanyalah seorang manusia biasa, tidak dikurnia sifat maksum seperti nabi dan rasul, juga memiliki nafsu tidak seperti malaikat. Pabila ditegur secara baik, dilabel pula sebagai 'ustaz', 'budak alim' dan sebagainya. Biarlah. Mungkin title 'ustaz' ini yang akan menjadi 'perisai sementara' aku disini. Ya Allah, buka lah pintu hati mereka ini untuk menemui hidayahMu...

1554
Bukit Beruang,
Melaka