BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 24, 2009

REJAB - Warm up kepada Ramadhan


1. Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua dalam bulan Rejab pada tahun 1430 hijrah. Ketibaan bulan rejab ini memberi petanda bahawa kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak bakal tiba kira-kira 2 bulan tidal lama lagi.
2. Dalam Bulan Rejab ini juga kita digalakkan untuk berpuasa sunat, lebih banyak dari bulan-bulan yang biasa. Walaupun banyak hadis-hadis palsu yang dilaporkan berkenaan fadhilat bulan rejab namun ini bukan alasan untuk kita tidak berusaha untuk meningkatkan amalam kita pada bulan ini.
3. Bulan Rejab ini bolehlah diraikan sebagai bulan persediaan sebelum menghadap ramadhan, ataupun disebut sebagai warm-up kepada bulan Ramadhan nanti, agar kualiti ibadah kita di bulan Ramadhan nanti memberikan hasil yang cukup mantop

Sekian.

Tuesday, June 23, 2009

YM dengan bukan lelaki

1. Teknologi moden yang sedia ada sekiranya disalah guna pasti akan membawa padah.
2. Kadangkala sikap kita yang 'mesra alam' jika disalah guna juga boleh membawa padah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang ketiga, yakni syaitan (yang direjam).
3. Kadangkala bila berYM kita tidak sedar yang rupa-rupanya kita jua berdua-duaan walaupun berjauhan..kan?
4. Maka akan tercipta berbagai-bagai alasan untuk berYM bersama; nak meeting jap, ada hal penting nih...eh dah lama tak berbual dengan dia...
3. Pesanan untuk diri sendiri, berhati-hatilah membawa diri di dunia...kerana akhirat yang semakin melambai

Sekian...

Monday, June 22, 2009

SAJAK UNTUK AYAH : Sempena Hari Bapa Sedunia



Duhai ayah,
Sekiranya kau kini hadir di hadapan mataku.
Akan ku peluk dirimu erat, betapa anakanda ini cukup merinduimu.
Sesungguhnya diri ini cukup kesal, kerna tidak bisa menikmati kejayaan hari ini bersamamu.
Setiap titik peluhmu yang gugur, tidak akan mampu ku balas jua
Kerna tiap titik peluhmu yang gugur, bagaikan titisan hujan yang turun membasahi bumi
Menumbuhkan setiap tanaman dan pelbagai kehidupan di atas bumi
jasanya bukan kepalang, walau hanya setitik air yang tiada rupa

Tika anakmu sedang lena tidur, kau bangkit awal untuk ke kerja,
Tika anakmu seronok di bilik air dengan bermandikan air hangat,
kau pasrah bermandikan air tadahan hujan di luar rumah,
Tika anakmu meminta wang saku ke sekolah, kau berlapar tanpa makan tengahari yang enak,

Tiada yang mampu ku lakukan disaat ini selain mendoakan dirimu,
Kalaulah ku punyai pahala seluas Lautan China Selatan,
pasti akanku berikan padamu seluas Lautan Pasifik.
Sebagai deposit pahala yang mampu ku hadiahkan.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tuhan yang telah menciptakan seorang ayah
Ku menadah tangan ini agar segala dosa ayahku diampunkan
Kau himpunkanlah ayahandaku ini dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah kepada Allahyarham ayahandaku Hj Amin Hj Shamsudin yang telah ke rahmatullah pada 18 Mac 2002. Semoga rohnya terpilih untuk berada di kalangan ahli syurga. Ameen


LCW harus terima kasih pada Chen Jin

Lee Chong Wei memeluk erat Taufik Hidayat, seolah mahu mahu berkongsi betapa kemenangan ini cukup bermakna selepas tewas awal di Terbuka Singapura minggu lepas.
Chen Jin, yang menewaskan Lin Dan pada pertarungan suku akhir

Kelmarin aku sempat menonton perlawanan akhir Badminton Terbuka Jakarta secara langsung dari TV1. Kerana ketinggalan beberapa hari dengan perkembangan berita, aku sedikit terkejut bila melihat bukannya Chen Jin di final... tetapi Lee Chong Wei (LCW); berdepan dengan pemain tuan rumah, Taufik hidayat. Berita terakhir yang sempat aku ikuti ialah LCW akan bertemu Lin Dan sekiranya menang di suku akhir. Manakala Taufik akan bertemu Peter Gade di suku akhir. Aku mencongak sendirian. Pasti Chen Jin telah menewaskan Lin Dan di suku akhir, menyebabkan LCW 'mudah' menewaskan Chen Jin di semi-final. Memang mudah pun. LCW telah mengalahkan Chen Jin dengan straight set, cuma aku xpasti kiraan matanya. Yang pasti, LCW bukanlah sukar untuk merangkul juara untuk setiap kejohanan kecuali jika LIN DAN tidak di final.
Ketiadaan Lin Dan di aksi akhir kerana telah ditewaskan Chen Jin merupakan "rahmat" bagi LCW. Kekuatan Lin Dan dan LCW sebenarnya seimbang, malah berani untuk saya katakan LCW cukup kuat untuk kalahkan Lin Dan. LCW hanya tewas psikologi dengan Lin Dan. Sekiranya Chen Jin memberi laluan kepada LD, pasti LCW tewas di akhir semifinal.
Bukanlah untuk menafikan kehebatan LD. LD memiliki pakej seorang pemain badminton kelas dunia yang tersendiri. Pergerakannya pantas, smash tajam dan kekuatan fizikal yang mantap. Namun LCW juga mempunyai kelas tersendiri. Pertahanan LCW merupakan yang terbaik di dunia kini, kepantasannya jua sukar ditandingi. Namun seolah2 ada 'badi' antara LCW dan LD.
Apapun tahniah untuk Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul kejayaan kedua Super Series tahun ini.

Tuesday, June 16, 2009

Kerana Sebatang Kunci; Aku Tinggal Sebatang Kara


Jam menunjukkan jam 5.10 pagi, aku terjaga dari tidur. Ya Allah, aku tak solat Isya' lagi. Inilah padahnya bila melewat-lewatkan sembahyang. Aku pun tak sedar pukul berapa aku terlelap, di hadapan TV. Lantas bangkit menyelesaikan apa-apa yang patut, itu dan ini. Dalam tak sedar azan Subuh pun berkumandang, terus sahaja ke surau di belakang rumah. Wah, kat belakang rumah je surau tu, tapi payah betul nak bagi komitmen penuh solat jemaah. Ni la akibat duk 'sorang-sorang'..aii, ada je jawapan nak menjawab.

Aku tidak pasti bagaimana perkara ini boleh berlaku. Mungkin untuk men'cantik'kan lagi kisah kehidupan aku di Bangi, yang selama ini hanya mandom tanpa sebarang cerita. Pulang sahaja dari surau, aku gagal membuka tombol pintu. Sah! aku telah terkunci pintu ini dari dalam tanpa disedari. Bro Yusri telah pun mengingatkan agar tidak mengunci tombol pintu sebaliknya hanya mengunci mangga pada grill rumah. Kunci tombol hanya ada satu, belum sempat untuk di'duplicate'.Habislah, apa yang aku boleh buat??? DI waktu awal pagi ini tiada siapa yang boleh diminta tolong.
Akhirnya ku ketuk juga rumah jiran sebelah, Abg Zamri. Dia juga berusaha membantu. Cuba membuka cermin tingkap, menggunakan kain dan payung untuk membuka pintu dsb. Akhirnya gagal juga. Lantas aku yang berkain pelikat itu terpaksa meminjam seluar dari abg Zam. Hari ini perlu ke pejabat. Walaupun hand phone, dompet ada di dalam rumah, tak kan nak duduk disini sahaja. Abg Zam dengan rela hati pula memberikan sikat, dan minyak rambut Safi tanpa diminta. Paling mengharukan, dihulurnya RM10 dengan pesanan ' ambik la duit ni buat sarapan dan makan tengahari nanti. Urm, rasa sebak betul bila itu yang diungkapan, terhidu rasa kasih beliau terhadap adik Irfan dia ni..uhh
Hari ini ke pejabat bagaikan seorang yang tiada apa-apa.kadangkala terbit rasa risau kalaulah abg Yus tidak balik ke Bangi hari ini, ntah di mana aku akan tidur hari ini. Wang dipoket hanya RM10. Pakainku? Esok bagaimana pula hendak ke kerja? Terasa tawakkalkutu betul-betul hampir dengan Allah. Terasa betul-betul sebatang kara...
Usai urusan di pejabat, lekas-lekas pulang ke rumah dengan harapan abg Yus sudah ada di rumah. Ternyata sangkaan cukup meleset. Lebih-lebih lagi melihat rumah abg Zam pula gelap, barangkali mereka tiada dirumah. Ya Allah dengan siapa harus aku meminta pertolongan. Sudahlah baru hampir seminggu di sini, belum ada sesiapa yang dikenali.
Tiba-tiba seorang pakcik berkopiah datang meninjau-ninjau disekitar rumah. Dia melihat aku dengan penuh kecurigaan lantas bertanya 'nak cari siapa?'.Lalu aku pun menceritakan keadaan yang berlaku dan rupa-rupanya pakcik itu ialan Tuan Rumah di situ. Kemudian, pasti anda dapat tahu apa kesudahannya...urk
Pengajaran hari ini (Selasa /16hb), pabila Allah tarik je nikmat sebatang kunci, haru biru kehidupan aku. Apalah yang ada pada sebatang kunci...

Monday, June 15, 2009

Jangan Memper'GUNA'kan Allah

Seringkali manusia yang ditimpa dengan kesusahan atau malapetaka pasti akhirnya akan kembali kepada Tuhan. Tidak kira sama ada bertuhankan ALLAH bagi yang muslim, ataupun sesiapa jua Tuhan mereka bagi yang beragama selain Islam. Bagi kita yang beragama Islam, kepada ALLAHlah tempat kita mengadu. Kita merintih dan menangis kerana menderita dengan kesengsaraan yang dihadapi. Ada yang ditimpa kemalangan, kematian dan bermacam bencana. Seperti mana yang berlaku pada kejadian Tsunami 2006, banjir lebat di selatan semenanjung, mahupun di peringkat global seperti peperangan yang berlaku di Palestin, Iraq dsb. Upacara solat hajat dan bacaan yasin diadakan di merata tempat bagi mengajak semua manusia agar kembali pada Tuhan. Namun apa pula yang berlaku selepas kesemua keadaan ini selesai?adakah kita masih lagi berstatus connected to Allah, ataupun sekadar invisible to Allah (buat-buat tidak tahu), atau offline?
Faris seorang anak yang dianggap manja kepada ayahnya, Halim. Kemana sahaja ayahnya pergi pasti dia akan turut serta bersama. Selain itu, beliau juga seorang yang taat kepada ayahnya, menuruti sebarang suruhan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Manakala Faisal pula seorang anak yang agak degil dan nakal. Sering melawan kata-kata dan nasihat ayahnya. Manakala amanah dan suruhan ayahnya juga sering dimungkiri. Namun tindakan Halim yang sering memihak kepada Faris sering dianggap tidak adil oleh Faisal. Faisal sering menganggap ayahnya terlalu berat sebelah kepada Faris. Apa jua permintaan Faris hampir kesemuanya dituruti. Berbanding dirinya yang kebanyakkan permintaan kepada ayahnya tidak mendapat perhatian.

Apakah sudut pandang yang diberikan oleh Faris itu dianggap betul?bagaimana si ayah hendak mengkabulkan permintaan si anaknya itu sedangkan anaknya begitu nakal sikapnya kepada sirinya, berbanding anaknya Faris.

Dalam konteks seorang anak dan ayah, sebanyak mana pun permintaan si anak terhadap ayahnya pasti ada hadnya. Namun dari sudut seorang hamba kepada Tuhan, amatlah jauh rahmatnya.

"Apa sahaja yang ALLAH anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh ALLAH maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan DIA-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surat Al-Fatir ayat 2)

Jangan kita menjadikan ALLAH sekadar tempat untuk kita mengadu hanya ketika kita dilanda musibah atau ditimpa kesusahan. Namun apabila mendapat kesenangan dan kemewahan kita langsung tidak menghiraukan Tuhan. Ada yang tidak mempedulikan solat hanya untuk menguruskan perniagaannya yang semakin aju, walhal hakikatnya siapa yang telah memberi kesenangan kepadanya. Apabila ditimpa kerugian, barulah hendak membentang sejadah mengadap tuhan. Jika lambat sedikit pertolongan Allah, mulalah meratap hidup ini tidak adil, diri hanya ditimpa nasib malang. Maha suci Allah yang Maha Mengasihani hambaNya, jauh sekali untuk mempergunakan hambaNya. Tetapi hanya hambaNya sahaja yang memper'guna'kannya

Friday, June 12, 2009

Dari Melaka ke Bangi

Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Itupun jika masih mampu untuk merancang, jika kita gagal merancang maka hanya kegagalan yang akan menjadi jawapan. Kegagalan itu jua merupakan jalan keluar yang diatur Allah agar hambanya tersedar. Terus menerus berusaha, pasti Allah akan bersama-sama kita. Jauh sekali untuk 'menganiaya' kita dengan jalan keluar yang ntah apa-apa. Maha Suci Allah dari sifat zalim.

Alhamdulillah akhirnya temuduga di sebuah syarikat penerbitan buku KarnaDya Solutions menghasilkan kejayaan. Diterima sebagai Koordinator Penerbitan, bagi menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan, mengurus manuskrip, menentukan konsep buku dan lain-lain lagi. Selang sehari selepas menerima panggilan penerimaan, keesokannya pula menerima panggilan dari syarikat buku PTS Sdn Bhd, untuk ditemuduga. Impian untuk membina kerjaya di PTS pernah dipertimbangkan sewaktu menuntut di IPT kerana sangat seronok 'bergelumang' dengan buku. Opss, tapi tak termasuk buku-buku Teknologi Kertas, mahupun nota-nota kuliah Dr Rozman. Ini berkenaan buku-buku inspirasi, yang tersusun banyak di rak buku aku di rumah. Setelah ber'istikharah' selama sehari, akhirnya memutuskan untuk ke KarnaDya dan me'reject' tawaran dari PTS. Sayang sekali namun apakan daya. Mereka hanya terlewat 1 hari.

KarnaDya terletak di Bandar baru Bangi, mujur ada sahabat di Bangi, boleh menumpang seketika di rumahnya. Siapa lagi kalau bukan bro Yusri 'Bilal', tak disangkan abg Zamri menjadi jiran. Wah, ini boleh buat Irfan Re-United...

Tuesday, June 2, 2009

Pilihan Yang Masih TEPAT

Ramai yang memberikan sokongan, dorongan dan juga kata-kata semangat kepada saya berkenaan tulisan saya baru-baru ini. Saya tidak berniat untuk meraih simpati sesiapa, sekadar merasakan bahawa Malaysia ini masih ramai yang belum 'Islam' sepenuhnya. Mungkin ramai juga yang masih belum kenal Tuhan. Kadangkala terasa bahu ini semakin beban memikul tanggungjawab yang begitu besar. Namun disebalik Begitulah indahnya ukhuwwah. Di saat sahabat lain menderita kesusahan, ada yang masih sudi memberi simpati.

'Penghantaran' aku ke Melaka cukup banyak hikmahnya. Itu sahaja yang mampu dilafazkan...setakat ini. Biarlah diri ini sahaja yang tahu, kerna ku yakin disisi ku ada TUHAN.