Sejak berlakunya serangan pihak tentera Israel terhadap misi bantuan ke gaza, kapal Mavi Marmara, serta penahanan kedua bagi kapal Rachel Corrie seluruh dunia begitu teruja mengutuk dan mengadakan bantahan di sana-sini bagi menyatakan kebencian dan kemarahan terhadap Israel. Di negara kita sendiri bantahan juga dibuat oleh kebanyakan NGO Islam dan juga komponen parti-parti politik, sama ada dibuat secara 'ikhlas' mahupun sengaja mencari publisiti.Soal ikhlas atau tidak sebenarnya boleh dilihat oleh masyarakat bagi mereka yang memiliki mata hati.
Disebalik sejumlah manusia yang menyatakan simpati dan juga bantahan terhadap serangan tentera Israel itu, ada juga manusia yang agak 'racist' langsung tidak mahu ambil tahu. Bahkan di'kutuk' pula sekumpulan sukarelawan tersebut. Mahu cari pasal katanya memandangkan ramai yang akan bersetuju bahawa kita sebagai umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bantahan di sana sini.
berkesinambungan kepada isu ini sebenarnya, ada sebuah buku yang saya kira baru diterbitkan pada awal tahun ini. Saya pada awalnya tidak menyangka bahawa kandungan buku ini berkisar sejarah Kaum bernama Zionis ini termasuklah pendedahan taktik dan konspirasi keamanan yang berleluasa di seluruh dunia. Antara rahsia yang didedahkan ialah pakatan Amerika dan Britain di timur tengah,realiti protokol Zionis dan paling menarik penulis mengupas hikmah yang boleh diteladani oleh semua umat manusia bagi menentang musuh untuk keamanan sejagat ini.
Dengan harga yang mampu untuk dimiliki (bawah RM20 je..) sangat amat disarankan dibaca dan difahami berkenaan sebuah perkongsian dan hasil kajian oleh Rosli Harun seorang penulis dan berpengalaman merantau di tanah arab.
Saya baru terperasan bahawa Ketupat Cinta ini merupakan satu-satunya novel yang pernah dibeli dengan penulisan sasteranya yang begitu diluar kemampuan saya untuk membaca dan memahamnya. Nilai dalam penulisan ini cukup tinggi, tinggi dari segi nilai kesusasteraannya, tinggi dari segi nilai falsafahnya, dan tinggi dari nilai perdebatannya. Mujur nilai harganya masih mampu untuk dibeli. Tidak mudah untuk menghabiskan setiap helaian naskhah ini, dan jika tidak dibaca sekali habis pasti tidak akan ingat kisah yang sebelumnya. Banyak perkataan dan konsonan baru yang saya pelajari. Rasanya bahan bacaan KOMSAS ketika SPM dulu juga tidak sebegini rupa, memandangkan dahulu saya berlatarkan belakangkan sains.
Sedikit latar belakang, Ketupat Cinta ini mengisahkan seorang tukang masak Istana Melaka yang terulung bernama Tun Lepat. Kehebatan beliau di dapur istana bukan calang-calang, namun pelbagai kisah suka duka yang diharungi beliau di dalam Istana Melaka tersebut. Ada kisah bagaimana dia berdepan politik dapur, kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan, juga kisah budaya dan pemikiran. Namun tiba-tiba beliau ditangkap dan disumbat di dalam penjara.
Ada sesuatu mesej tersirat di balik tulisan Faisal Tehrani ini. Jika anda selalu membaca tulisan beliau di dalam blognya, faisaltehrani.blogspot.com, mungkin anda akan ‘memahami’ maksud disebalik yang tersirat di dalam tulisannya ini. Jika anda memahami keadaan masyarakat di Malaysia, jika anda faham situasi politik kini, jika anda faham nasib umat Melayu kini maka saya jamin anda tidak akan jemu malah seronok membaca novel ini. Saya tidak berani memberikan contoh yang saya terperasan, bukan kerana bimbang ditangkap seperti terjadi kepada Aduka Taruna, Raja Petra dsb. Memang benar ada isu sensitif yang di’watakkan’ dalam novel ini Cuma terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Dari sudut positif, inilah yang berlaku dalam masyarakat kita kini. Kemungkaran berleluasa, penindasan merata-rata, manusia telah lupa asal usul mereka. Seperti biasa, nilai-nilai keagamaan juga tidak lepas untuk dimuatkan di dalam tulisannya ini.
Antara keunikan dalam yang menarik perhatian saya ialah hampir setiap bab dalam cerita ini dinamakan sempena nama beberapa makanan masakan tradisional. Dan di bab itu juga dihuraikan lengkap berkenaan resipi untuk menyiapkan makanan tersebut, ataupun disebutkan asal-usul bagi makanan tersebut. Misalnya Roti Chennai Tun Senja,Ayam Buah Keluak Tun Nyonya, Laksa Champa Lo’Lo Ganish dan pelbagai lagi. Cukup menarik. Naskhah yang patut dimiliki sebagai koleksi bacaan anda.
Suatu hari selepas usai menunaikan solat Jumaat saya diajak oleh sahabat untuk singgah ke sebuah warung tepi jalan, untuk menikmati semangkuk cendol. Sahabat saya mendakwa cendol disitu adalah antara yang paling sedap pernah dirasai. Saya pada awalnya tidak percaya kerana bagi saya cendol paling sedap di ‘dunia’ ini ialah di Pulau Pinang, terutamanya cendol yang dijual dikaki lima Charowsta. Setelah saya menyuap sedikit ke mulut, saya kaget. Rupa-rupanya cendol ini lagi sedap dari cendol pulut di Penang. Ais yang dikisar cukup halus dan teliti sehingga tiada sedikitpun ais berketul berada di dalam mangkuk tersebut. Cendolnya juga lembut dan kenyal, warna hijaunya juga sekadar seadanya dan tidak terlalu terang, menambah lagi selera untuk dimakan. Disertakan juga beberapa kacang merah yang manis dan lembut, bila dikunyah terasa kemanisannya hingga ke tulang rusuk. Dan kompenen paling penting, pulutnya juga enak tak terhingga. Lembut dan kenyal seadanya. Begitulah serba ringkas gambarannya, jika mahu rasalah sendiri. Hnaya beberapa kilometer dari pintu masuk kedua UKM, Bangi. Terlalu teruja dengan kelazatan cendol tersebut, pada keesokannya saya datang lagi ke situ. Saya datang pada waktu itu sudah agak lewat petang, dengan cuaca di langit agak gelap mendung. Sebelum itu saya sempat menjamah makanan lain memandangkan saya tidak mengambil makan tengahari. Namun kali ini saya menikmati cendol tersebut dengan perasaan yang berbeza. Sebenarnya tiada apa yang beza dengan rasa cendol tersebut, masa sedap dan lazat seperti semalam. Cumanya saya merasakan semalamnya agak ‘lebih nikmat’ berbanding hari ini. Saya cuba meneka apa yang tidak kena. Akhirnya saya baru perasan, yang semalam saya baru pulang dari suatu program di Bangi, ditambah dengan tekak yang memang haus serta cuaca yang amat terik. Pada hari ini, perut saya sudah kekenyangan, dan cuaca redup dibumbungi awan mendung. Kesimpulan yang saya dapat, kepuasan dan kenikmatan hanya akan diperolehi sesudah kesusahan dan keperitan yang mendahului. Analoginya, katakan Ahmad mengidami sebuah kenderaan Toyota Hilux, lantas dia pun bersusah payah bekerja untuk mengumpulkan wang. Setelah beberapa tahun, Ahmad pun berjaya mengumpul wang sebanyak kira-kira RM65,000 dan membeli kenderaan tersebut secara cash. Apa yang Ahmad rasa… berbanding satu lagi situasi dimana jika Siti merupakan seorang anak kepada hartawan, kemudian apabila Siti mengidami kenderaan tersebut dia hanya perlu berjumpa kepada ayahnya dan kemudian, kenderaan tersebut berada di hadapan matanya. Apa yang dirasai oleh Ahmad dan Siti pasti berbeza, walaupun hasilnya adalah sama iaitu kedua-duanya telah memiliki kenderaan idaman. Kesusahan dan keperitan hidup, ujian dan musibah yang menimpa kadangkala Allah turunkan sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada kita, lantas setelah meyakini bahawa setiap kesusahan itu akan disertai juga dengan kemudahan, menambah rasa manis hanya pabila sabar itu menjadi daya tahannya. Seorang pelajar universiti begitu gembira dan teruja menerima ijazah pada waktu konvonya, setelah dia bertungkus lumus di dalam pelajarannya dalam keadaan kesusahan dan kepayahan. Seorang ahli politik yang memenangi kerusi ADUN setelah berjaya mengalahkan lawannya pasti merasakan lebih puas berbanding yang hanya menang tanpa bertanding, atau menang kerana calon lawan menarik diri. Begitulah dengan perihal cendol tadi. Kelazatannya lebih terasa hanya ketika perut kosong dan tekak yang haus, berbanding ketika perut yang penuh terisi. Syarat untuk mendapatkan kenikmatan itu hanya datang selepas kita telah melalui kesusahan dan kepayahan. Benarlah kata pepatah, ‘bersusah-susah dahulu bersenang senang kemudian.’
Maaf dari Sorga ini menurut penulisnya, Faisal Tehrani (FT) merupakan karyanya yang mula-mula dihasilkan semenjak di bangku persekolahan lagi. Akhirnya manuskrip ini diterbitkan setelah bertahun-tahun beliau bergelar sebagai pengarang, lantas dalam tempoh tersebut manuskrip ini mengalami proses pembaikan dan pemurnian secara berperingkat. Menurut penulisnya lagi, karya ini ditunjangi oleh beberapa ideologi dan etika keislaman, misalnya dengan pengaruh ‘Risalah Usrah’ oleh Abu Urwah (YB Saari Sungib), sebuah ‘kitab’ yang amat popular tika di zaman kampus.
Saya tidak mengambil masa yang banyak untuk menghabiskan novel ini. Membaca helaian demi helaian akhirnya tidak sampai beberapa jam sudah berjaya dihabiskan sehingga ke muka akhir. Membaca tulisan FT jika tidak dibaca huruf demi huruf, perkataan demi perkataan tidak akan mendatangkan keseronokan membacanya. Gaya penulisan beliau yang lazimnya berbentuk satira (tersirat) kali ini lebih santai tetapi tidak terlepas dengan isi yang padat dengan wacana. Gaya tulisannya seakan memukul minda pembaca dengan pelbagai isu-isu semasa yang kadangkala dipejam matakan oleh masyarakat. Beberapa isu yang cuba diketengahkan dalam novel ini seperti isu riba dalam sistem ekonomi negara, kepercayaan perkara-perkara tahyul dalam masyarakat dan akhir sekali sikap liberalisasi dalam beragama.
Secara kasarnya, Maaf dari Sorga ini mengisahkan sebuah rumah bernombor 33 yang menyimpan pelbagai misteri dan telah dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakkan mereka akhirnya menemui kecelakaan.Ada yang mati terbunuh, ada yang secara tiba-tiba menjadi gila akibat pergaduhan rumah tangga dan sebagainya. Sehinggalah kepada penyewa yang terbaharu bernama Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf telah turut diganggu oleh peristiwa aneh dan menakutkan. Sehinggalah akhirnya mereka menemui jalan keluar kepada kesengsaraan tersebut.
Bagi saya mesej utama yang ingin disampaikan oleh penulis ini ialah bagaimana “Takwa” itu berfungsi di dalam kehidupan kita. Seperi firman Allah dalam ayat seribu dinar, ayat 2-3, Surah At-Talaq;
"...barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..."
.Formula takwa yang ditemui oleh watak utama cerita ini bukan sahaja telah menyelesaikan masalah rumah yangberhantu tersebut, malah telah menyelesaikan masalah-masalah lain yang telah dipendamnya selama bertahun-tahun. Akhirnya mereka telah menemui jalan keluar, jalan kehidupan yang penuh bahagia dan barakah, beserta dengan keredhaan Allah SWT
I was so far from you Yet to me you were always so close I wandered lost in the dark I closed my eyes toward the signs You put in my way I walked everyday Further and further away from you Ooooo Allah, you brought me home I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about All the things you have given to me I never thanked you once I was too proud to see the truth And prostrate to you Until I took the first step And that’s when you opened the doors for me Now Allah, I realized what I was missing By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You I wanna thank you for all the things that you’ve done You’ve done for me through all my years I’ve been lost You guided me from all the ways that were wrong And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you I wanna thank You for all the things that you’ve done You’ve done for me through all my years I’ve been lost You guided me from all the ways that were wrong I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah.
Artist: Maher Zain Album: Thank You Allah Copyright: Awakening Records 2009
“Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami di atas kamar, tetapi mengapa tiada hadis yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri.” Begitulah antara petikan dialog dalam filem ‘Islami’ Indonesia, Perempuan Berkalong Serban. Atas nasihat seorang sahabat saya mencari trailer filem ini di youtube.com, tetapi yang dijumpai bukan sahaja Trailernya sahaja malah episod penuh. Maka dengan kelajuan internet tanpa wayar di sebuah restoren ini, saya pun memuat turun episod ini secara berperingkat. Setelah beberapa bulan, baru hari ini saya membuka filem yang telah dimuat turun ini untuk dipertontonkan di laptop.
Menonton dari sedikit demi sedikit, sudah nampak ada unsur-unsur liberalisme yang diselitkan. Antaranya seorang bapa yang begitu jumud menidakkan anak perempuannya untuk keluar walaupun bersama rakan muhrimnya, seorang guru agama mengajar sesuatu yang juga dikira sebagai sempit apabila mengatakan bahawa golongan wanita itu akan dilaknat oleh Allah apabila meminta cerai kepada suaminya. Ada beberapa lagi petikan dan adegan yang menyentuh berkenaan penafian hak wanita, seolah-olah Islam begitu merendahkan wanita. Mungkin saya tidak mahu terburu-buru menuduh filem ini filem Liberal, lantas saya pun memilih untuk menontonya sehingga habis. Ternyata segala persoalan-persoalan tadi tidak dinyatakan dengan jelas maksudnya, persoalan tadi dibiarkan tergantung justeru penamat cerita ini tidak memberikan ‘kemenangan’ kepada Islam. Cukup-cukup dibimbangi sekiranya filem ini ditonton oleh mereka yang ‘tidak faham’ Islam, malah lebih menakutkan jika ditonton oleh golongan bukan Islam!
Beberapa jam sebelum saya membuka filem tersebut, iaitu pada sebelah petangnya, saya berkesempatan membelek majalah Solusi; isu No 12. Sebuah majalah terbitan Telaga Biru yang telah beberapa minggu dibeli tetapi baru berkesempatan untuk membacanya. Membaca sebuah artikel oleh Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com) bertajuk Gejala Pemikiran Skeptis Terhadap Agama.
Tahukan kita apa itu pemikiran skeptis? Menurut ustaz Hasrizal adalam artikelnya, pemikiran skeptis terhadap agama itu sebenarnya berperingkat.
1.Sinis kepada beberapa aspek dalam ajaran agama.
Misalnya sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah, atau soal menutup aurat.
2.Sinis terhadap institusi agama. Contohnya ialah anti ‘orang masjid’, atau mungkin ditujukan kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dsb termasuk alergi terhadap parti politik Islam, atau institusi yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.
3.Sinis terhadap keseluruhan ajaran agama.
Mereka ini pula tidak semestinya anti Tuhan atau ateis, namun mereka sinis terhadap semua agamayang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.
Walau apa pun bentuk sinikal ini, kesemua adalah suatu bentuk tindak balas (response). Apa yang difahami sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan bermula sendiri, tetapi adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu. Maksudnya: reaksi sinis ini berlaku mungkin atas sebab sesuatu yang menyebabkan golongan yang melakukan reaksi sinis ini bertindak. Sebagai contoh, SIS wujud sebagai reaksi mereka menyaksikan begitu banyak wanita ditindas dalam sebuah negara yang mengamalkan agama Islam, lantas mereka merasakan agama itu ‘gagal’ membela wanita, malah menindas golongan wanita pula. Sekali imbas jika difikirkan, mereka ini tidak berpuas hati dengan Islam atau tidak berpuas hati dengan golongan Adam?
Contoh lain ialah Benjamin Stephen, seorang anak Perak yang pernah belajar di sebuah sekolah agama tersohor telah murtad dan kini menjadi pendakyah Kristian. Beliau kini dikatakan sedang sibuk memberi ceramah kepada penganut kristian dalam gereja. Malang sekali, intipati ceramahnya dikatakan tidak memberi inti kepada ajaran Kristian langsung, tetapi hanya sibuk mencaci dan menyindir serba serbi berkaitan Islam. Malah juga dikatakan ibu bapanya juga dihina dan dikutuk. Setelah dikaji puncanya, rupa-rupanya beliau ini dahulu dikatakan berpewatakan lembut, lantas sering dibuli oleh rakan-rakannya. Justeru bertindak menukar agama kesan daripada pengalaman beliau ini yang mungkin boleh kita faham sebagai memberontak. Jika difikir kembali, apakah beliau ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan Islam atau dengan sekolah menengah agamanya?
Pemikiran skeptis ini banyak berpunca daripada kegagalan golongan agamawan membina hujah-hujah yang benar dengan suatu bentuk pemikiran yang seiring dengan massa. Kebanyakan permasalahan agama pada hari ini diselesaikan dengan kaedah menghukum, menyindir, menyerang tanpa usul periksa dan bukannya mendidik dengan cara diskusi dsb. Lantas kadangkala mereka yang hendakkan penjelasan agama dsb mungkin akan terasa dihina dan menyebabkan tersinggung.
Apatah lagi ada agamawan yang terlibat dengan salah laku jenayah, tok imam meniduri anak kandung sendiri, ustaz mendera isteri, pegawai agama berlaku sumbang mahram sekaligus bertentangan dengan imej agama yang dibawa.
Justeru ustaz Hasrizal dalam artikelnya ini menyebut bahawa perlu ada perubahan modus operandi oleh sang pendakwah hari ini untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, kita sebagai umat Islam bukan sahaja ditujukan kepada golongan agamawan khusunya hendaklah menonjolkan bahawa agama Islamitu benar-benar agama yang terulung dan terbaik, dipraktiskan melalui sikap, tindakan, cara fikir oleh kita sebagai penganutnya. Jangan sekali-kali kita menjadi punca Islam itu dipandang hina oleh mereka yang ‘kurang Islam’ lantas menyalahkan Islam sebagai puncanya. Marilah berubah, perbetulkan kembali kompas kehidupan kita sebagaimana yang kita ucapkan dalam setiap kali membaca al-fatihah, “tunjukkanlah aku jalan yang lurus.”