BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 19, 2008

Menjadi 'Jambu' Kepada Tuhan


Alhamdulillah, malam ini (19 Sept) merupakan malam ke 20 kita berpuasa, dan juga menandakan bermulanya fasa terakhir di dalam bulan Ramadhan ini iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Justeru marilah kita bersama-sama merebut peluang ramadhan yang masih berbaki kira2 10 hari ini dan yang paling penting memburu malam lailatul Qadar
Apa yang cuba saya kongsikan disini ialah berkenaan Jambu. Istilah jambu sering dikaitkan dengan paras rupa yang kacak, wajah kebudak-budakan yang ditujukan kepada orang lelaki. Contoh paras rupa lelaki yang berwajah jambu ialah Saiful Bukhari (individu yang mendakwa dirinya diliwat Dato' Seri Anwar Ibrahim). Wajah yang putih dan bersih dari cacat cela.
Selain itu istilah 'Jambu' ini juga diertikan sebagai 'adik','sahabat' atau apa jua istilah lain yang menunjukkan seseorang itu rapat kepadanya. Misalnya bila dikatakan Ali itu jambu kepada si Aman, ini menunjukkan yang Si Ali ini sangat rapat dengan si Aman. Begitulah juga hubungan antara anak dan ibu. Sekiranya seorang anak itu rapat dan manja dengan ibunya, maka istilah 'jambu' ini juga layak dilabel kepada si anak ini. Apakah kreateria seseorang individu itu untuk digelar 'jambu'?pastinya dia seorang yang sangat manja, rapat, dan sangat baik kepada ibunya. segala apa yang diminta pasti akan ditunaikannya. Amat jarang2 sekali si ibu menghampakan harapan si Anak, kerana anaknya itu juga sentiasa menjadi seorang anak yang baik, menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah sekali.
Dalam konteks kita sebagai hamba kepada Tuhan, istilah jambu ini juga seharusnya ditujukan kepada kita, lebih-lebih lagi di musim Ramadhan ini. Sentiasalah kita menjadi jambu kepada Rab, jambu yang sentiasa mengadu kepadanya, bermanja kepadaNya setiap malam, sentiasa duduk di bawah riba rahmatNya, insyaAllah kita juga akan disayangi Tuhan. Bersempena 10 malam yang terakhir ini, marilah kita menjadi Jambu kepada tUhan. Wallahu 'alam

0 comments: