BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 27, 2009

Perokok, Lembu dan Ukhuwwah

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

Isu rokok dikalangan para ustaz bukanlah suatu isu yang baru di kalangan masyarakat kita. Namun kebanyakan mereka ada juga yang bijak untuk menyorok daripada dilihat oleh individu tertentu, misalnya anak-anak murid dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa rokok mengandungi banyak keburukan daripada kebaikan.

Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, mengatakan bahawa sebenarnya nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan lebih berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan rangsangannya ke atas sistem saraf otak sangat cepat.

Nikotin yang dihisap melalui asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga 10 saat. Kesan rangsangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok.

Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.

Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian, yang mana tanpanya dianggap tidak sempurna, katanya.

Selain nikotin, asap daripada sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutama kanser paru-paru.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2010 dan empat juta nyawa menjelang 2025.

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Tiba-tiba saya teringatkan dialog antara saya dan juga rakan sebilik sewaktu disekolah menengah. Golongan pelajar yang merokok di sekolah dahulu lebih dikenali sebagai SMOKERS di sekolah saya dahulu. Mungkin istilah ini sudah biasa kita dengar, namun gelaran ini agak meluat sekiranya didengari oleh golongan pengawas sekolah. Bersembang dengan sahabat saya ketika itu, beliau mengatakan bahawa memandangkan SMOKERS di sekolah merupakan kelompok minoriti maka "ukhwah' di kalangan mereka dikatakan begitu rapat. Mana taknya, bila ke tandas pasti akan bertemu dengan 'kelompok' ini. Dari segi perhubungan untuk mendapatkan bekal, fly untuk mencari rokok, mencari port untuk merokok, dan bantuan teknikal sekiranya salah seorang dari mereka ditangkap warden, pasti akan ada sahaja yang datang membantu dikalangan mereka ini. Selain itu, kelompok ini juga mampu untuk menjadi karib dalam waktu yang singkat, kerana mereka menpunyai 'minat' yang sama. Walaupun baru seminit dua perkenalan, namun rokok menjadi batu loncatan kepada mereka untuk menjadi lebih akrab dan karib, lantas mampu untuk membentuk suatu hubungan ukhwah fillah yang begitu mantap. Mereka mempunyai visi daan misi yang sama, sanggup mengenepikan latar belakang keluarga dan apa jua perbezaan yang menghalang mereka untuk mencapai misi dan visi mereka, iaitu ROKOK. Kalaulah aspek-aspek ini mampu diterjemah dalam mana-mana organisasi, sama ada politik, badan NGO, dsb maka pasti sukses menjadi milik mutlak mereka dengan izinNya.

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelajakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

3 comments:

pali said...

Salams,

bagaimana nak memberitahu kepada golongan yang masih berkata,

"Rokok itu ada 2 pendapat, HARAM dan MAKRUH.. saya ambik pandangan kedua.. MAKRUH je"

Farid. A said...

bukankah makruh = dibenci Allah
tak kan depa sanggup dibenci Allah
sedangkan dibenci bos / kawan2 / girlfriend pun dah x senang duduk..huhu

Hisservant said...

ada ulama' yg menghukumkan makruh hanya pada perokok tegar yg tak mampu berhenti walaupun dah cuba. tapi tu pun makruh tahriiman (yg sangat dekat dgn haram)

"dan bantu-membantulah atas kebaikan dan taqwa, dan janganlah bantu-membantu atas dosa dan keburukan" (almaidah:2)