BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 1, 2009

Persis Kedamaian

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menjamah Char Kuew Teow, diizinkan sekali lagi untuk merasainya apabila kembali bertandang ke Kulim. Aku masih lagi diberi kepercayaan untuk melatih adik-adik Kolej Mara Kulim (KMK) sebagai membuat persiapan untuk menghadapi Nadwah Islam Kolej2 Mara, yang tidak silapnya berlangsung di Seremban. kali ini mereka menggalas satu cabaran yang besar, yakni mengekalkan gelaran Johan yang telah 'abang2' mereka sebelum ini rangkul di pertandingan yang sama. Huh, Cikgu Azimah meletakkan harapan yang besar, maka tanggungjawab yang harus dipikul juga besar. tahun lepas aku hanya menjadi pembantu kepada Cikgu Rosman, kali ini aku keseorangan sambil ditemani Rad, itupun sekali-sekala. Rad merupakan bekas pelajar KMK yang telah bersama2 dengan rakannya merangkul gelaran ini tahun lepas.

Apa pun aku hanya berusaha untuk berkongsi seupaya mampu. Pengalaman aku tidaklah sedalam mana. namun antara faktor yang menguatkan daya untuk menerima tawaran ini ialah betapa indah dan pesonanya berada di Kulim. Terasa bagaikan berada di kampung halaman. sesekali teringat tika di zaman anak-anak. Kerana suasana kampungku kini tidaklah seperti dulu. Jika dulu aku tidak lekang di rumah, tidak kira waktu pasti akan bersama-sama dengan kawan-kawan. berbasikal kesana kemari. bermain bola, badminton, selipar jepun, tiang galah, konda-kondi, memancing dan segala macam aktiviti ketika itu. hubungan dengan rakan jiran juga begitu rapat sekali bagaikan sebuah keluarga. kadangkala sanggup bermalam, dan makan bersama-sama tanpa rasa malu, begitu tinggi rasa ukhwah yang terbina tika itu.

Jika aku tidak mampu untuk menceritakan segalanya, namun begitulah yang mampu digambarkan kira-kira 10-13 tahun yang lalu. waktu itu mungkin aku tidak pernah terfikir apakah semuanya ini akan hilang. Akhirnya setelah berusia hampir 23, aku memahami bahawa setiap yang indah itu tidak senantiasa kekal. Segalanya pasti akan berubah yang berputar. SYUKUR menjadi jawapan skrip pendek ini.

Dan (ingatlah) tatkala Rabb-mu berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan (tetapi) jika kamu mengingkarinya, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. 14: 7)

1 comments:

MS Rizal said...

Salam ziarah dan salam ukwah akhi.