BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 27, 2009

Fenomena Bazar Ramadhan; jejaskan kualiti puasa


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu untuk membawa umat manusia memahami jalan-jalan kehidupan pada sudut yang betul disamping mendapatkan hasil lebih lumayan pada akhirat kelak.

Di dalamnya umat Islam diwajibkan untuk berpuasa menjadikan Ramadhan ini lebih istimewa dari bulan-bulan yang lain. Allah berfirman bermaksud: “Maka sesiapa yang menyaksikan bulan itu (Ramadan), hendaklah dia berpuasa.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Fenomena di Malaysia pada bulan Ramadhan menyaksikan tumbuhnya bazaar-bazar ramadhan disana-sini bagaikan cendawan yang hidup selepas hujan. Pada waktu ini ramai umat manusia akan berasak-asak mencari santapan dan juadah untuk berbuka setelah berpuasa sepanjang hari.

Umat Islam sememangnya digalakkan untuk mencari rezeki, lantas bagi mereka yang membuka bazaar mampu menambahkan pendapatan mereka yang menjadi side-income malah pada waktu ini mereka mampu meraih keuntungan yang lumayan sebagai persiapan menghadapi Aidilfitri.

Walaubagaimanapun dari sudut perspektif pengunjung bazaar ini mereka boleh terdedah kepada kesan-kesan yang kurang baik kepada puasa mereka. Bagaimana? Dengan terbentangnya pelbagai lauk –pauk dan juadah seolah-olah mereka berpeluang untuk menjamu nafsu mereka dengan hidangan sebegini sedangkan hikmah puasa itu adalah untuk mendidik nafsu kita, mentadbir diri dan akal. Tiada maknanya setelah berpuasa kira-kira 12 jam kamudian kita mentekedarah dengan makanan yang enak-enak lagi banyak.

Menariknya bazaar ramadhan ini juga yang menyediakan pelbagai bentuk rupa makanan yang baru, sehinggakan ada makanan yang tidak pernah dijumpai melainkan hanya di bulan Ramadhan. Ini hanyalah mendorong kita untuk ‘makan’ dengan makanan yang baru, bertentangan dengan hiknah puasa itu untuk melatih umat Islam agar turut sama merasai kesusahan yang dialami oleh orang yang kurang berkemampuan, miskin dan anak yatim yang tidak berpeluang untuk menikmati makanan yang sebegitu rupa.

selain itu tidak kurang yang menjadikan bazaar ramadhan sebagai tempat untuk ‘mencuci mata’ bagi kaum Adam, tidak kurang juga golongan Hawa. Disinilah tempatnya ramai orang yang akan berasak-asak mengunjungi bazaar ramadhan. Berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan secara bebas, mencium bau-bauan yang boleh merosakkan sedikit sebanyak kualiti puasa kita.

Tulisan ini bukan untuk mengkritik kewujudan bazaar-bazaar ramadhan namun sudut pandang kita sebagai umat Islam yang mahukan puasa kita mendapat puasa yang berkualiti tinggi. Tak salah untuk ke bazaar ramadhan sekali sekala. Yang penting jangan jadikan bazaar Ramadhan sebagai ruang kita untuk ‘melampiaskan nafsu’. Ketuk minda tanya iman, bukan tepuk perut, tanya selera.

Sekian.

0 comments: