BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 31, 2009

Jerawat Ramadhan ?


Hadi meraba-raba di dahi kepalanya. Digosok perlahan pada jerawat yang tiba-tiba muncul. Patutlah rasa pedih sahaja selepas mengambil wuduk tadi. Hadi lantas meluru ke cermin di bilik air. Dibelek-belek lagi mukanya, rupanya ada lagi beberapa ‘biji’ jerawat yang tumbuh di pipi kanannya.

“Aiseyman, jerawat pulak muka aku nih. Bulan puasa pula tu” Hadi mengeluh.

Fenomena yang berlaku pada Hadi boleh jadi berlaku pada anda juga. Biasanya pada awal-awal Ramadhan, beberapa perubahan biologi berlaku pada tubuh badan kita. Selain daripada muka yang ‘dinaiki’ jerawat, muka berminyak, perubahan juga berlaku pada anggota yang lain. Kadangkala bau badan juga agak ‘lain macam’. Sebenarnya ini merupakan satu proses biasa pada awal-awal puasa di bulan Ramadhan. Proses ini disebut sebagai detoksifikasi.

Detoksifikasi merupakan proses mencuci dan membersihkan diri daripada toksin dalam badan. Semasa berpuasa organ-organ dalam badan akan berehat dan kerehatan ini membantu membuang segala kotoran dan toksin yang ada pada badan kita.

Rupa-rupanya tokoh perubatan barat terdahulu seperti Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan bagi pesakit-pesakit mereka. Selain itu, tokoh-tokoh dunia seperti Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Ghandi juga seringkali berpuasa. Kajian yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit mereka mendapati puasa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan kepada sistem penghadaman serta juga penyakit kulit.

Inilah antara hikmah puasa yang harus diketahui oleh umat manusia. Sesungguhnya ibadah yang diamanahkan kepada umat Islam ini mengandungi seribu rahmat, tanda kecintaan tuhan kepada hamba-Nya. Amat rugi bagi mereka yang masih mengabaikan puasa mereka.

Sebenarnya saya juga selalu mengalami situasi seperti ini. Namun apa yang menakjubkan ialah apabila selepas kira-kira dua minggu berpuasa, jerawat yang tumbuh tadi akan hilang. Selain itu, muka juga menjadi lebih bersih dan segar. Bagi anda yang mementingkan kecantikan muka, berita ini seharusnya menjadi berita gembita kepada anda. Selamat berpuasa.

3 comments:

Hisservant said...

oh, tak pernah tahu pun pasal jerawat etc ni.. menarik..

pali said...

aku suke jerawat.. :D boleh mengajar sifat tawaduk dan syukur. hehe.

salam ramadhan.

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

jerawat mengajar sifat tawaduk dan syukur???

menarik tu. lepas ni boleh la topup jerawat banyak2..

tapi jerawat pun ada banyak kategori ma!!!

ada jerawat GATAI NAK KAWIN..
ada jerawat MIANG KELADI..
ada plak jerawat yg mmg ikhlas nak kluar...

apakah kategori jerawat yang menghiasi muka aku ini..?????

moga2, aku juga mampu menjadi orang yang tawaduk dan syukur disebabkan jerawat ini...

azam 3 hari....