BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

Ustaz Asri dalam kenangan


Entah mengapa hati ini terasa sedikit pedih, sebak dan sesak tatkala membaca berita berkenaan perginya vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim. Ditambah pula dengan kegagalan system internet yang gagal berfungsi dengan baik hari ini, mouse ditekan beberapa kali pada link pada bharian.com, seolah-olah tidak percaya dengan berita yang cukup mengejutkankan ini. Pemergiannya sudah pasti amat dirasai lebih-lebih lagi dikalangan para munsyid tanah air dan juga para peminat hiburan mendidik jiwa ini. Entahlah, walaupun aku tidak pernah bersua dengannya tetapi pemergiaannya begitu kuat terasa.

Menyebut tentang kelebihan beliau, paling saya kagumi ialah ‘roh’ nyanyian yang dibawa beliau cukup menusuk jiwa. Dengarkan sahaja zikir-zikir beliau yang berkumandang di Astro Awani, ataupun di stesen radio tempatan sebelum masuknya waktu solat. Terasa penghayatannya begitu kuat dan jelas. Keikhlasan beliau dalam memperjuangkan dakwah menerusi seni suara nasyid elas terpancar melalui alunan suara yang dipantulkan beliau.

Ustaz Asri kembali ke rahmatullah, mengikuti jejak pemergian Allahyarham YB Hamdan, Dharmala NS, Yasmin Ahmad, dan beberapa ‘public figure’ yang kita ketahui pemergian mereka di akhbar, itu tidak termasuk dalam beberapa orang lain yang turut dijemput Allah setiap hari. Berapa ramai agaknya bilangan manusia yang sudah bersedia tentang hari kematiannya.

Menghitung hari-hari datangnya Ramadhan al-Mubarak, tiba-tiba muncuk perasaan bimbang dan takut kalau-kalau tidak sempat untuk menjeguknya langsung walaupun di depan pintu. Semoga Allah mengizinkan kita semua untuk bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba nanti.

0 comments: