BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 2, 2008

Rezeki..

Salam
Mungkin sudah namanya rezeki, kumpulan nasyid kami (Rifqi) semalam berjaya menggenggam gelaran Juara untuk Pertandingan Nasyid Sempena Majlis Kesenian Islam anjuran Kemas Peringkat Pulau Pinang. Kumpulan kami yang mewakili daerah Barat Daya membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan dan juga sijil. Tiada siapa yang menjangkakan kumpulan kami yang akan menang. Undian giliran pertama persembahan sudah cukup membuatkan kami berasa berdebar2, kerana masing2 pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini. Saya sendiri walaupun sudah cukup 'berpengalaman' turut terasa getarannya kerana sudah lama meninggalkan 'karieir' bernasyid seperti ini. InsyaAllah kumpulan Rifqi, kumpulan yang menggabungkan pelajar dari KITAB, dan USM akan mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan pada Mac 2008.

Perkara yang ingin saya bincangkan disini ialah berkenaan NASYID. Semua antara kita sudah sedia maklum berkenaan nasyid, dakwah dan hiburan. Ketiga-tiga komponen ini merupakan intipati kepada wadah hiburan Islam yang lurus mengikut syariat. Nasyid dan dakwah juga merupakan 2 komponen yang harus seiring bergerak. Ulama kontemporari masa kini, Dr Yusof Al Qardawi pernah berkata hiburan itu sebenarnya berada di tengah-tengah, antara hak dan yang batil. Sekiranya tersilap langkah ianya mampu membawa kepada kesesatan dan kejahilan. nasyid? apakah ianya termasuk dalam hiburan Islam?

rata-rata peserta yang menyertai pertandingan semalam terdiri dari anak-anak muda luar bandar. Berdasarkan penampilan dan tingkah laku, jika dilihat oleh 'orang agama' akan mempersoalkan.."nasyid apa ni?hisap rokok...pakai selekeh...". Walaupun mereka ini saya kira masih belum 'layak' untuk bergelar 'penasyid', namun saya kira sekurang2nya aktiviti semalam berjaya kelompok remaja ini untuk bersama-sama berada di satu majlis yang cukup baik. setidak2nya hari ini mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, membuang masa, melepak dan sebagainya. Dengan penglibatan mereka dalam pertandingan ini mendidik mereka untuk berdisiplin, meningkatkan keyakinan diri..ya, bukan senang untuk mendisiplin diri datang membuat latihan, menarikan gaya ketika persembahan dengan penuh disiplin persembahan dan menyanyi di hadapan kira-kira 1000 hadirin yang datang.

Apapun tahniah kepada KEMAS yang menganjurkan pertandingan kali ini. Perasmi majlis semalam sepatutnya disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato' Seri Tan Sri Mohammad, namun diwakilkan oleh penasihat beliau, Dato Zainal Abidin Osman. Tergelak kami yang kebetulan se'fikrah' mendengar ucapan beliau yang mengaitkan parti 'biru muda', 'hijau tua' sebagai tali barut bangsa Melayu, menyebabkan bangsa melayu kini mundur, hilang ketuanan melayunya dan gagal mencapai 30% ekuiti DEB yang menjadi isu hangat kini. melayu oh melayu, mujurlah aku ni 'mix'..urm

0 comments: