BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 8, 2009

Bila Manusia BerTUHANkan Bola Sepak


Perkembangan sukan mutakhir menyaksikan beberapa acara sukan popular kini sedang rancak berlangsung. Antara yang menjadi tumpuan ialah perlumbaan F1, Kejohanan Badminton ABC Asia dan sebagai peminat bola sepak Inggeris, pastinya saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menjadi fokus utama. Perlawanan tumpuan seperti Liverpool vs Chelsea, Barcelona vs Bayern Munich pasti akan membuatkan peminat bola sepak tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya. Perlawanan yang berlangsung di'sepertiga malam' itu walau bagaimanapun tidak menjadi halangan untuk bangkit dari keseronokan tidur semata-mata mahu menyaksikan perlawanan ini.

Bagaimana seorang manusia itu boleh bangun di tengah malam semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak yang langsung tidak memberi 'apa-apa faedah' kepadanya tetapi merasa malas untuk bangun mengisi waktu malam dengan solat tahajjud?Rasa begitu teruja sekali pabila ada sahaja games yang menarik, sehinggakan sanggup menyediakan bekalan seperti makanan semata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak yang dianggap cukup istimewa. Padahal bukankah mereka tidak mengetahui begitu banyak hadith Saw yang menyebut berkenaan betapa besarnya nilai tahajjud di waktu malam. Beberapa fadhilat Qiamullail berdasarkan firman Allah SWT dan daripada hadith Rasulullah SAW

Firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakan ‘solat tahajjud’ sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhan membangkitkan dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”- (surah al-Isra’:79)

Dan firman-Nya yang lain berbunyi:

“Dan dengan keadaan apa jua pun, maka pada sebahagian pada waktu malam, sujudlah kepada tuhan dengan mendirikan solat dan seboleh-bolehnya bertasbihlah memuji Allah dengan mendirikan solat tahajjud, pada sebahagian yang panjang daripada waktu malam.” - (surah al-Insan:26)

Marilah kita kembali muhasabah diri kita. Dimanakah keutamaan yang kita letakkan?

2 comments:

pali said...

kita ada pandangan yang sama! waa~

ihsan said...

Wa..setuju sama lu.. walaupun diriku peminat bola sepak, hatta bola sepak malaysia, namun diriku mampu berfikir dengan waras tentang bola sepak...