BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 14, 2009

Simpanan di 'Hari Tua'

"Kenapa tidak cari kerja di sektor kerajaan atau badan berkanun, setidak-tidaknya ada kerja tetap menjamin masa depan..ada wang pencen..sara hidup " ujar seorang ustaz yang sangat ku kenali.

"cari kerja kerajaan lah, ada pencen" beritahu bonda kepadaku.

"boleh survive ke kerja di private company, ekonomi sekarang pun tak tentu hala" dan ini pula saranan dari seorang kakak.

Ungkapan-ungkapan seperti ini mengingatkan saya kepada perbualan saya dengan bro Shamsul ketika dalam perjalanan ke Grik sewaktu menjalankan kerja lapangan. Beliau juga ketika itu turut diasak dengan pertanyaan-pertanyaan seperti ini, yang sama sekali cukup tidak menyenangkannya.

Bagi 'golongan evergreen', ungkapan seperti ini cukup popular dikalangan mereka kerana mereka meyakini bahawa wang pencen itulah yang akan menjaga mereka di hari tua. Selain itu, kudrat mereka juga akan terbatas untuk melakukan lain-lain perkerjaan untuk menampung pendapatan dan sara hidup. Sebaliknya sekiranyan ada wang pencen, pasti hidup mereka lebih mudah dan senang lenang, tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari wang.

Menyedari bahawa soal 'Hari Tua' itu tidaklah yang kami rungsingkan, melainkan hanyalah "hari tua' dimana sewaktu itu kita sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Waktu itu menangis air mata darah sekalipun, tiada gunanya. Itulah hari akhirat. Pernahkah kita memikirkan dan berasa risau tentang bekalan yang telah kita siapkan untuk hari akhirat. Adakah kita mampu ditabalkan sebagai sebahagian daripada golongan yang menerima amalan dari tangan kanan?

Maksud ayat Quran: "Dan sesungguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al An`am: 32)

Sedangkan hari Tua kita masih belum pasti, munkin tidak sempat. namun Hari akhirat itu sudah tentu pasti akan tiba.

Allah swt berfirman: Katakanlah; Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS Al Jumuati [62]:8).

Kembali kepada persoalan wang pencen, sebagai seorang muslim kita seharusnya punyai rasa sangka yang baik kepada Allah. Sifat asma Allah seperti yang kita ucapkan berulang kali setiap hari, Ar Rahman..Tuhan Yang Maha Pemurah dan Ar Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)..di saluran inilah kita menyakini bahawa sama sekali tidak akan ber'dengki' atau 'kedekut' kepada golongan yang tidak menerima pencen. Itu belum dikira golongan yang menerima pencen setiap bulan namun masih lagi 'tidak mencukupi'..sekian

0 comments: