BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 22, 2009

SAJAK UNTUK AYAH : Sempena Hari Bapa Sedunia



Duhai ayah,
Sekiranya kau kini hadir di hadapan mataku.
Akan ku peluk dirimu erat, betapa anakanda ini cukup merinduimu.
Sesungguhnya diri ini cukup kesal, kerna tidak bisa menikmati kejayaan hari ini bersamamu.
Setiap titik peluhmu yang gugur, tidak akan mampu ku balas jua
Kerna tiap titik peluhmu yang gugur, bagaikan titisan hujan yang turun membasahi bumi
Menumbuhkan setiap tanaman dan pelbagai kehidupan di atas bumi
jasanya bukan kepalang, walau hanya setitik air yang tiada rupa

Tika anakmu sedang lena tidur, kau bangkit awal untuk ke kerja,
Tika anakmu seronok di bilik air dengan bermandikan air hangat,
kau pasrah bermandikan air tadahan hujan di luar rumah,
Tika anakmu meminta wang saku ke sekolah, kau berlapar tanpa makan tengahari yang enak,

Tiada yang mampu ku lakukan disaat ini selain mendoakan dirimu,
Kalaulah ku punyai pahala seluas Lautan China Selatan,
pasti akanku berikan padamu seluas Lautan Pasifik.
Sebagai deposit pahala yang mampu ku hadiahkan.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tuhan yang telah menciptakan seorang ayah
Ku menadah tangan ini agar segala dosa ayahku diampunkan
Kau himpunkanlah ayahandaku ini dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah kepada Allahyarham ayahandaku Hj Amin Hj Shamsudin yang telah ke rahmatullah pada 18 Mac 2002. Semoga rohnya terpilih untuk berada di kalangan ahli syurga. Ameen


1 comments:

semek said...

slm...
InsyaAllah...
beliau digolongkan dalam golongan yang beriman...
yang penting jangan pernah berhenti dari doakan...