BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 15, 2009

Jangan Memper'GUNA'kan Allah

Seringkali manusia yang ditimpa dengan kesusahan atau malapetaka pasti akhirnya akan kembali kepada Tuhan. Tidak kira sama ada bertuhankan ALLAH bagi yang muslim, ataupun sesiapa jua Tuhan mereka bagi yang beragama selain Islam. Bagi kita yang beragama Islam, kepada ALLAHlah tempat kita mengadu. Kita merintih dan menangis kerana menderita dengan kesengsaraan yang dihadapi. Ada yang ditimpa kemalangan, kematian dan bermacam bencana. Seperti mana yang berlaku pada kejadian Tsunami 2006, banjir lebat di selatan semenanjung, mahupun di peringkat global seperti peperangan yang berlaku di Palestin, Iraq dsb. Upacara solat hajat dan bacaan yasin diadakan di merata tempat bagi mengajak semua manusia agar kembali pada Tuhan. Namun apa pula yang berlaku selepas kesemua keadaan ini selesai?adakah kita masih lagi berstatus connected to Allah, ataupun sekadar invisible to Allah (buat-buat tidak tahu), atau offline?
Faris seorang anak yang dianggap manja kepada ayahnya, Halim. Kemana sahaja ayahnya pergi pasti dia akan turut serta bersama. Selain itu, beliau juga seorang yang taat kepada ayahnya, menuruti sebarang suruhan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Manakala Faisal pula seorang anak yang agak degil dan nakal. Sering melawan kata-kata dan nasihat ayahnya. Manakala amanah dan suruhan ayahnya juga sering dimungkiri. Namun tindakan Halim yang sering memihak kepada Faris sering dianggap tidak adil oleh Faisal. Faisal sering menganggap ayahnya terlalu berat sebelah kepada Faris. Apa jua permintaan Faris hampir kesemuanya dituruti. Berbanding dirinya yang kebanyakkan permintaan kepada ayahnya tidak mendapat perhatian.

Apakah sudut pandang yang diberikan oleh Faris itu dianggap betul?bagaimana si ayah hendak mengkabulkan permintaan si anaknya itu sedangkan anaknya begitu nakal sikapnya kepada sirinya, berbanding anaknya Faris.

Dalam konteks seorang anak dan ayah, sebanyak mana pun permintaan si anak terhadap ayahnya pasti ada hadnya. Namun dari sudut seorang hamba kepada Tuhan, amatlah jauh rahmatnya.

"Apa sahaja yang ALLAH anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh ALLAH maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan DIA-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surat Al-Fatir ayat 2)

Jangan kita menjadikan ALLAH sekadar tempat untuk kita mengadu hanya ketika kita dilanda musibah atau ditimpa kesusahan. Namun apabila mendapat kesenangan dan kemewahan kita langsung tidak menghiraukan Tuhan. Ada yang tidak mempedulikan solat hanya untuk menguruskan perniagaannya yang semakin aju, walhal hakikatnya siapa yang telah memberi kesenangan kepadanya. Apabila ditimpa kerugian, barulah hendak membentang sejadah mengadap tuhan. Jika lambat sedikit pertolongan Allah, mulalah meratap hidup ini tidak adil, diri hanya ditimpa nasib malang. Maha suci Allah yang Maha Mengasihani hambaNya, jauh sekali untuk mempergunakan hambaNya. Tetapi hanya hambaNya sahaja yang memper'guna'kannya

0 comments: