BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 16, 2009

Kerana Sebatang Kunci; Aku Tinggal Sebatang Kara


Jam menunjukkan jam 5.10 pagi, aku terjaga dari tidur. Ya Allah, aku tak solat Isya' lagi. Inilah padahnya bila melewat-lewatkan sembahyang. Aku pun tak sedar pukul berapa aku terlelap, di hadapan TV. Lantas bangkit menyelesaikan apa-apa yang patut, itu dan ini. Dalam tak sedar azan Subuh pun berkumandang, terus sahaja ke surau di belakang rumah. Wah, kat belakang rumah je surau tu, tapi payah betul nak bagi komitmen penuh solat jemaah. Ni la akibat duk 'sorang-sorang'..aii, ada je jawapan nak menjawab.

Aku tidak pasti bagaimana perkara ini boleh berlaku. Mungkin untuk men'cantik'kan lagi kisah kehidupan aku di Bangi, yang selama ini hanya mandom tanpa sebarang cerita. Pulang sahaja dari surau, aku gagal membuka tombol pintu. Sah! aku telah terkunci pintu ini dari dalam tanpa disedari. Bro Yusri telah pun mengingatkan agar tidak mengunci tombol pintu sebaliknya hanya mengunci mangga pada grill rumah. Kunci tombol hanya ada satu, belum sempat untuk di'duplicate'.Habislah, apa yang aku boleh buat??? DI waktu awal pagi ini tiada siapa yang boleh diminta tolong.
Akhirnya ku ketuk juga rumah jiran sebelah, Abg Zamri. Dia juga berusaha membantu. Cuba membuka cermin tingkap, menggunakan kain dan payung untuk membuka pintu dsb. Akhirnya gagal juga. Lantas aku yang berkain pelikat itu terpaksa meminjam seluar dari abg Zam. Hari ini perlu ke pejabat. Walaupun hand phone, dompet ada di dalam rumah, tak kan nak duduk disini sahaja. Abg Zam dengan rela hati pula memberikan sikat, dan minyak rambut Safi tanpa diminta. Paling mengharukan, dihulurnya RM10 dengan pesanan ' ambik la duit ni buat sarapan dan makan tengahari nanti. Urm, rasa sebak betul bila itu yang diungkapan, terhidu rasa kasih beliau terhadap adik Irfan dia ni..uhh
Hari ini ke pejabat bagaikan seorang yang tiada apa-apa.kadangkala terbit rasa risau kalaulah abg Yus tidak balik ke Bangi hari ini, ntah di mana aku akan tidur hari ini. Wang dipoket hanya RM10. Pakainku? Esok bagaimana pula hendak ke kerja? Terasa tawakkalkutu betul-betul hampir dengan Allah. Terasa betul-betul sebatang kara...
Usai urusan di pejabat, lekas-lekas pulang ke rumah dengan harapan abg Yus sudah ada di rumah. Ternyata sangkaan cukup meleset. Lebih-lebih lagi melihat rumah abg Zam pula gelap, barangkali mereka tiada dirumah. Ya Allah dengan siapa harus aku meminta pertolongan. Sudahlah baru hampir seminggu di sini, belum ada sesiapa yang dikenali.
Tiba-tiba seorang pakcik berkopiah datang meninjau-ninjau disekitar rumah. Dia melihat aku dengan penuh kecurigaan lantas bertanya 'nak cari siapa?'.Lalu aku pun menceritakan keadaan yang berlaku dan rupa-rupanya pakcik itu ialan Tuan Rumah di situ. Kemudian, pasti anda dapat tahu apa kesudahannya...urk
Pengajaran hari ini (Selasa /16hb), pabila Allah tarik je nikmat sebatang kunci, haru biru kehidupan aku. Apalah yang ada pada sebatang kunci...

2 comments:

Hisservant said...

tu baru sebatang kunci. banyak lagi nikmat lain yg Allah bagi tapi dipandang ringan. betullah, diuji dengan nikmat lagi susah dari dengan kesusahan, sbb bila susah kita rajin sabar n balik pada Allah, tapi bila senang tak terfikir pun untuk bersyukur..

Radieah Mohd Nor said...

Jangan tinggal kunci lagi...